London Gold Fixing

PENGUMUMAN

Sesiapa yg nak join dengar forum tentang DINAR dan DIRHAM / Amalan Sunnah yg Ditinggalkan.. msg saya nama n email ke 0133792927

Segala info,lokasi dan waktu akan dihantarkan kepada anda dari masa ke masa.


Zufi Hassan,
Golden Trapezium Corporation Sdn.Bhd

Seminar Antarabangsa Dinar Emas 3 - 4 APRIL, 2010 di JAKARTA

0

Posted on 10:35 PM | By Zufi Hassan | In

from left: Ir. Wahyu Iwa Sumantri, MP (Ekonomi Syariah), En. Halim B. Abdul Hamid, (Moderator), Ir. Muhaimin Iqbal (Presiden Gerai Dinar) & Sony Abdurahman ,MBA (Ketua Umum Koperasi Dinarku {kerusi kosong})



JAKARTA – INDONESIA
TEMA ACARA: KEBANGKITAN EKONOMI SYARIAH DI TENGAH KRISIS EKONOMI GLOBAL
TARIKH: 3 APRIL, 2010
TEMPAT: Auditorium ADHIYANA Wisma Antara lt. 2, Jl. Merdeka Selatan 17 Jakarta Pusat
WAKTU: 8.30 PAGI-3.30 PTG


PEMBICARA:
1. Prof. Madya Zakariya Man (Deputy Rektor INSANIAH Malaysia)
2. Dr. Syafii Antonio, MEc (Komisaris Utama Batasa Tazkia Indonesia)*

3. Abdul Halim Abdul Hamid (Praktisi Ekonomi Syariah Malaysia)
– Wakil dari TheGoldDinar Blogspot

4. Ir. Muhaimin Iqbal (Presiden Gerai Dinar)
5. Sony Abdurahman, MBA (Ketua Umum Koperasi Dinarku)
6. Drs. Yakhsyallah Mansur, M.A. (Kajur. KPI STAI Al Fatah)
7. Ir. H. Adiwarman A. Karim, SE., MBA., MAEP.*


ACARA INI DISELENGGARAKAN OLEH INTERNATIONAL SEMINAR OF ECONOMY SHARIA COMMITTEE (ISEC) JAKARTA




p/s: Gambar-gambar sepanjang persidangan akan di upload di website http://thegolddinar.blogspot.com/

Seminar Dinar Emas

0

Posted on 6:01 PM | By Zufi Hassan | In



Sebagai satu langkah pendekatan dan pemahaman mengenai


Dinar dan Dirham

Kepada sesiapa yg inginkan sebarang maklumat secara ceramah atau seminar, pihak/group kami bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk anda.

Kami akan hadir ke tempat anda atau anda boleh menghadiri seminar/ceramah yg akan adakan.

Bagi yang inginkan seminar atau ceramah dia tempat anda, boleh terus menghubungi kami samaada melalui email, telefon atau fax, untuk maklumat lanjut.

zufi.gtc@gmail.com no.tel:03-42915500(off hour) no.fax:03-42915600


atau sms ke 013-3792927


nama, lokasi,email,pekerjaan


(kami akan hubungi anda)



Terbuka kepada sesiapa sahaja. Jabatan-Jabatan kerajaan, Syarikat-syarikat, individu, koperasi atau persatuan. (berkumpulan adalah lebih digalakkan)

Sekian terima kasih.




Umar Ibn Khattab dan Wang Kulit Unta

1

Posted on 4:58 PM | By Zufi Hassan | In



Khalifah Umar pernah memiliki gagasan membuat wang dari kulit Unta

Uang dari Kulit UntaAda kisah unik pada masa zaman Khalifah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu,. Suatu ketika beliau memiliki idea untuk menjadikan kulit unta sebagai penilai harga rasmi. Maksudnya menjadikan kulit unta sebagai wang. Namun dengan berbagai pertimbangan, idea tersebut akhirnya dibatalkan.

Al Baladzari dalam Al Buldan Wa Futuhuha Wa Ahkamuha (hal. 515), meriwayatkan : "Sesungguhnya Umar Ibn Khattab pernah berkata: saat aku ingin menjadikan wang dari kulit unta, ada orang yang berkata 'kalau begitu unta akan punah'. Maka aku batalkan keinginan tersebut."

Imam Malik, memberi pandangan hal ini dalam Al Mudawwanah (Juz : 3) : "Apabila pasar telah menjadikan kulit sebagai mata wang, maka aku tidak senang kulit tersebut dijual dengan emas dan perak."

Di sini perlu diberi catatan numismatik: yang dimaksudkan dengan wang dari kulit unta, iaitu lembaran komoditi kulit unta (sepeti mata wang kulit suku Indian), bukan wang kuintansi [transaksi] atau bank note, yang dalam istilah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu adalah Rama'. Catatan ini penting diberikan kerana sebahagian pihak mengira idea penggunaan kulit unta sebagai wang itu seperti dengan pemakaian selembar kertas sebagai mata wang bank-note tersebut.

Ini dibuktikan dalam Al Muwatta. Imam Malik rahimullah menulis:

"Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik, dari Abdullah bin Dinar, dari Abdullah ibn Umar bahwa Umar Ibn Khattab mengatakan: Jangan menjual emas untuk emas, kecuali sejenis lain dengan sejenis yang lain. Jangan menjual perak untuk perak, kecuali sejenis lain dengan sejenis yang lain. Jangan melebihkan bahagiannya atas bahagian yang lain. Jangan menjual sesuatu yang ada dengan sesuatu yang tidak ada. Jika seseorang memintamu menunggu pembayaran hingga dia berada dirumah, jangan tinggalkan dia. Aku khuatir rama" terjadi padamu. Rama" itu Riba".

Rama' adalah penundaan pembayaran, seperti wang kertas atau bank note, yang ditegaskan oleh Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu dengan peringatan: Jangan menjual sesuatu yang ada (barang) dengan sesuatu yang tidak ada (surat janji pembayaran). Jadi sangat mustahil kalau Sang Khalifah menghendaki mata wang kertas diterapkan di Darul Islam. Selanjutnya Imam Malik mengatakan: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam melarang penjualan sebelum serah terima barangnya."

Setelah membatalkan penggunaan kulit unta sebagai wang, pada tahun 20 Hijriah, Khalifah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu menerbitkan koin Dirham Islam pertama di muka bumi, sesuai qadar Nuqud Nabawiyah. Standard yang ditetapkan adalah: Dinar seberat 1 mitsqal = 20 qirat (4,25 gram) dengan kadar emas [gold] 22 k, dan Dirham seberat 7/10 mitsqal = 14 qirat (2,975 gram) dengan kadar perak [silver] (99.95%). Perancangan rekabentuk koin Dirham berdasarkan pola Persia ditambah huruf Arab gaya Kufi, dengan lafatz: Bismillah atau juga Bismillahi Rabbi di tepi lingkaran koin.

Dirham Umar Ibnu KhattabDirham Umar Ibnu Khattab
Dirham Khalifah Umar Ibn Khattab RA, Bismillah, 20 Hijriah



Dinar Abdul MalikDinar Abdul Malik
Dinar Khalifah Abdulmalik ibn Marwan, Syahadatain dan Al Ikhlas, 77 Hijriah.

Zaid Ibn Tsabit radhiyallah anhu, secara khusus menamakan kuitansi-kuitansi [transaksi] itu sebagai Riba yang diperjualbelikan orang sebelum serah terima barang. Kerana merupakan kuitansi [transaksi] atas wang yang belum ditebus koinnya, lalu beliau memasang tanda peringatan tentang larangan bermuamalat dengan kuitansi [transaksi] wang atau kuitansi [transaksi] barang di Pasar Al-Jar.

Sejak saat itu umat Islam menolak penggunaan sistem wang kertas selama 1300 tahun lebih. Sampai datanglah para penyusup Yahudi yang menerobos jantung kekhalifahan Utsmaniyah, menunggangi perang saudara 180 tahun lamanya, mendirikan bank sentral di Darul Islam. Runtuhlah kekhalifahan, runtuhlah Dinar dan Dirham, dan runtuhlah syariat Islam.

Tapi kini, Dinar dan Dirham telah kembali, maka tegaklah salah satu tiang syariat Islam.

Teks diatas dipetik dari wakala nusantara dan diterjemahkan sehampir mungkin ke dalam bahasa Malaysia.

Urusniaga Kami:-

0

Posted on 3:34 PM | By Zufi Hassan | In

Urusniaga Kami:-


Kami menjalankan urusniaga jual dan beli emas..


Sesiapa yg berminat untuk miliki emas sebagai aset atau satu pelaburan boleh hubungi kami..


* Memberikan harga dan perkhidmatan yg terbaik untuk anda.
* Sesiapa yg mempunyai emas atau surat pajak yg ingin di jual juga boleh menghubungi kami...
* Juga menyediakan khidmat bantuan,rundingan dan nasihat serta info mengenai emas untuk anda...



Antara produk yang kami jual adalah:

Gold bar Pamp suisse, Gold bar Emirates, dan Dinar Muslim

( Akan datang barang kemas 916 dengan harga2 yang cukup menarik dan pasti memuaskan hati )



*** untuk yang berminat menjadi wakil/agen sila email nama dan contact ke zufi.gtc@gmail.com

Gold Bar Emirates

0

Posted on 3:32 PM | By Zufi Hassan | In




Dinar Muslim

0

Posted on 3:23 PM | By Zufi Hassan | In



Dirham Wakala Nusantara

0

Posted on 11:46 PM | By Zufi Hassan | In





1 Dirham

Komponen : Perak
Kadar : Murni (99.95%)
Berat (gram) : 2.975
Dimensi (mm): 25










2 Dirham

Komponen : Perak
Kadar : Murni (99.95%)
Berat (gram) : 5.950
Dimensi (mm): 26

Emirates gold bar

0

Posted on 12:42 PM | By Zufi Hassan | In










Dinar Muslim

0

Posted on 11:47 AM | By Zufi Hassan | In


























Zakat Emas dan Perak

0

Posted on 11:40 AM | By Zufi Hassan | In

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Firman Allah Ta’ala :


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا


Maksudnya : “ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).

(Surah At-Taubah Ayat 103)

Dalil Wajib Zakat

0

Posted on 11:39 AM | By Zufi Hassan | In

Firman Allah s.w.t:

"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu"
(Surah At-Taubah: 34-35)


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

0

Posted on 11:38 AM | By Zufi Hassan | In

  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

Harga Emas Harian

0

Posted on 11:11 PM | By Zufi Hassan | In

Sila klik link di bawah untuk mengetahui Harga Pasaran Emas semasa
  1. Harga Pelaburan Emas (GIA) Public Bank
  2. Harga Pasaran Emas UOB
  3. Federation of Goldsmith and Jewellers Association of Malaysia
  4. Harga Pasaran Emas Maybank

MEMBELI emas untuk penyimpanan kedengaran sedikit janggal kerana ramai beranggapan logam kuning keemasan itu lebih terserlah kemewahan dan ketinggian mutunya apabila dipamerkan sebagai perhiasan diri.

Pamp Suisse

0

Posted on 4:07 AM | By Zufi Hassan | In

















Miliki emas sebagai simpanan masa depan anda.

SEJARAH EMAS

0

Posted on 1:51 AM | By Zufi Hassan | In

Emas telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.

Search This Blog