London Gold Fixing

PENGUMUMAN

Sesiapa yg nak join dengar forum tentang DINAR dan DIRHAM / Amalan Sunnah yg Ditinggalkan.. msg saya nama n email ke 0133792927

Segala info,lokasi dan waktu akan dihantarkan kepada anda dari masa ke masa.


Zufi Hassan,
Golden Trapezium Corporation Sdn.Bhd

Zakat Emas dan Perak

Posted on 11:40 AM | By Zufi Hassan | In

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Firman Allah Ta’ala :


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا


Maksudnya : “ Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).

(Surah At-Taubah Ayat 103)

Comments (0)

Post a Comment

Search This Blog