Posted on 4:58 PM | By Zufi Hassan | In
Al Baladzari dalam Al Buldan Wa Futuhuha Wa Ahkamuha (hal. 515), meriwayatkan : "Sesungguhnya Umar Ibn Khattab pernah berkata: saat aku ingin menjadikan wang dari kulit unta, ada orang yang berkata 'kalau begitu unta akan punah'. Maka aku batalkan keinginan tersebut."
Imam Malik, memberi pandangan hal ini dalam Al Mudawwanah (Juz : 3) : "Apabila pasar telah menjadikan kulit sebagai mata wang, maka aku tidak senang kulit tersebut dijual dengan emas dan perak."
Di sini perlu diberi catatan numismatik: yang dimaksudkan dengan wang dari kulit unta, iaitu lembaran komoditi kulit unta (sepeti mata wang kulit suku Indian), bukan wang kuintansi [transaksi] atau bank note, yang dalam istilah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu adalah Rama'. Catatan ini penting diberikan kerana sebahagian pihak mengira idea penggunaan kulit unta sebagai wang itu seperti dengan pemakaian selembar kertas sebagai mata wang bank-note tersebut.
Ini dibuktikan dalam Al Muwatta. Imam Malik rahimullah menulis:
"Yahya meriwayatkan kepadaku dari Malik, dari Abdullah bin Dinar, dari Abdullah ibn Umar bahwa Umar Ibn Khattab mengatakan: Jangan menjual emas untuk emas, kecuali sejenis lain dengan sejenis yang lain. Jangan menjual perak untuk perak, kecuali sejenis lain dengan sejenis yang lain. Jangan melebihkan bahagiannya atas bahagian yang lain. Jangan menjual sesuatu yang ada dengan sesuatu yang tidak ada. Jika seseorang memintamu menunggu pembayaran hingga dia berada dirumah, jangan tinggalkan dia. Aku khuatir rama" terjadi padamu. Rama" itu Riba".
Rama' adalah penundaan pembayaran, seperti wang kertas atau bank note, yang ditegaskan oleh Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu dengan peringatan: Jangan menjual sesuatu yang ada (barang) dengan sesuatu yang tidak ada (surat janji pembayaran). Jadi sangat mustahil kalau Sang Khalifah menghendaki mata wang kertas diterapkan di Darul Islam. Selanjutnya Imam Malik mengatakan: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam melarang penjualan sebelum serah terima barangnya."
Setelah membatalkan penggunaan kulit unta sebagai wang, pada tahun 20 Hijriah, Khalifah Umar Ibn Khattab radhiyallah anhu menerbitkan koin Dirham Islam pertama di muka bumi, sesuai qadar Nuqud Nabawiyah. Standard yang ditetapkan adalah: Dinar seberat 1 mitsqal = 20 qirat (4,25 gram) dengan kadar emas [gold] 22 k, dan Dirham seberat 7/10 mitsqal = 14 qirat (2,975 gram) dengan kadar perak [silver] (99.95%). Perancangan rekabentuk koin Dirham berdasarkan pola Persia ditambah huruf Arab gaya Kufi, dengan lafatz: Bismillah atau juga Bismillahi Rabbi di tepi lingkaran koin.
Dirham Khalifah Umar Ibn Khattab RA, Bismillah, 20 Hijriah
Dinar Khalifah Abdulmalik ibn Marwan, Syahadatain dan Al Ikhlas, 77 Hijriah.
Zaid Ibn Tsabit radhiyallah anhu, secara khusus menamakan kuitansi-kuitansi [transaksi] itu sebagai Riba yang diperjualbelikan orang sebelum serah terima barang. Kerana merupakan kuitansi [transaksi] atas wang yang belum ditebus koinnya, lalu beliau memasang tanda peringatan tentang larangan bermuamalat dengan kuitansi [transaksi] wang atau kuitansi [transaksi] barang di Pasar Al-Jar.
Sejak saat itu umat Islam menolak penggunaan sistem wang kertas selama 1300 tahun lebih. Sampai datanglah para penyusup Yahudi yang menerobos jantung kekhalifahan Utsmaniyah, menunggangi perang saudara 180 tahun lamanya, mendirikan bank sentral di Darul Islam. Runtuhlah kekhalifahan, runtuhlah Dinar dan Dirham, dan runtuhlah syariat Islam.
Tapi kini, Dinar dan Dirham telah kembali, maka tegaklah salah satu tiang syariat Islam.
Teks diatas dipetik dari wakala nusantara dan diterjemahkan sehampir mungkin ke dalam bahasa Malaysia.
Alhamdullillah. Info yang menarik untuk dikongsi bersama.